Tuesday, July 27, 2010

Program Qiamullail 24 julai 2010







Konsortium ABASS Sdn Bhd sekali lagi menganjurkan program Qiamullail pada pagi Sabtu (24 julai 2010) di Surau As-Solihin.



Program kali ini dianjurkan bagi memberi mementum awal kepada warga kerja dalam menghadapi bulan keberkatan Umat iaitu Ramadan Al-Mubarak tidak lama lagi.Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Encik Saiful Rais dan Ketua Pegawai Operasi.

Seawal jam 4.00 pagi warga kerja telah memenuhi ruang legar surau sementara menunggu kehadiran Ust. Hj Othman Ibrahim daripada negeri kedah yang dijemput khas.

majlis bermula dengan solat sunat tasbih, solat taubat, solat hajat dan diakhiri dengan solat witir. Dipertengahan antara solat zikir munajat memuji ALLAH dilafazkan oleh semua yang hadir diketuai ust.

selepas solat subuh majlis dilanjutkan dengan tazkirah alfadhil ust yang menekankan persediaan menghadapi kematian.


Nasi ambeng Jawa menjadi santapan pagi yang menyelerakan sebelum majlis berakhir jam 7.30 pagi.


Tahniah kepada semua yang hadir menginsafi diri. semoga kita berjumpa lagi di program seumpama ini yang akan terus di anjurkan.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites