Majlis Jamuan Hari Raya Kariah Surau As-Solihin

Bacaan yasin dan tahlil.

Majlis Jamuan Hari Raya Kariah Surau As-Solihin

Makan time.

Program bicara pemimpin bersama rakyat zon 7

Warga kariah surau kusyuk mendengar ceramah yang disampaikan.

Program Qiamullail

Program qiamullail yang diadakan pada 24 Julai 2010 mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari warga kariah Surau As-Solihin.

Program Isra' Mikraj

Bersalam-salaman selepas program.

Sunday, October 24, 2010

Majlis Jamuan Hari Raya Kariah Surau As-Solihin pada 30.9.2010

bacaan Yasin dan tahlil

Penyampaian hadiah kepada imam tarawih

Penyampaian hadiah kepada imam tarawih

penyampaian hadiah kepada bilal tarawih

kaum ibu dan anak-anak

jamuan makan

jamuan makan

kaum bapa menjamu selera

Majlis Berbuka Puasa ABASS pada 19.8.2010





Monday, August 2, 2010

Program Bicara Pemimpin Bersama Rakyat Zon 7

Jawatankuasa surau As-Solihin telah dijemput oleh Jawi bagi memeriahkan program Bicara Pemimpin bersama rakyat.

Program ini diadakan pada :

a. Tarikh : 19 Julai 2010
b. Hari : Isnin
c. Masa : 1900 - 2300

Wakil Surau As-Solihin :

a. Pakwanteh Ahmad - Pengerusi
b. Khairulnidzam Zainal Abidin - N. Pengerusi
c. Abu Talib Manan - Bendahari
d. Mohd Fauzan Mohd Hardi - Setiausaha
e. Abdullah Ngah - Siak/Bilal


Antara kandungan program malam tersebut :

1900 : Bacaan yasin / tahlil / Penyampaian sumbangan kepada surau
1930 : Solat Maghrib berjamaah
1945 : Kuliah Maghrib oleh Ust Roslan Ahmad
2040 : Solat Isyak diimamkan oleh Briged Jen (B) Dato Jamil Khir
2100 : Ucapan Tengku Adnan (Ahli Parlimen Putrajaya)
2130 : Ucapan Perasmian Menteri di jabatan perdana menteri
2215 : Penyampaian hadiah & sumbangan kepada masyarakat
2225 : Jamuan makan & bersurai

Tuesday, July 27, 2010

Program Qiamullail 24 julai 2010







Konsortium ABASS Sdn Bhd sekali lagi menganjurkan program Qiamullail pada pagi Sabtu (24 julai 2010) di Surau As-Solihin.


Program kali ini dianjurkan bagi memberi mementum awal kepada warga kerja dalam menghadapi bulan keberkatan Umat iaitu Ramadan Al-Mubarak tidak lama lagi.Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Encik Saiful Rais dan Ketua Pegawai Operasi.

Seawal jam 4.00 pagi warga kerja telah memenuhi ruang legar surau sementara menunggu kehadiran Ust. Hj Othman Ibrahim daripada negeri kedah yang dijemput khas.

majlis bermula dengan solat sunat tasbih, solat taubat, solat hajat dan diakhiri dengan solat witir. Dipertengahan antara solat zikir munajat memuji ALLAH dilafazkan oleh semua yang hadir diketuai ust.

selepas solat subuh majlis dilanjutkan dengan tazkirah alfadhil ust yang menekankan persediaan menghadapi kematian.


Nasi ambeng Jawa menjadi santapan pagi yang menyelerakan sebelum majlis berakhir jam 7.30 pagi.


Tahniah kepada semua yang hadir menginsafi diri. semoga kita berjumpa lagi di program seumpama ini yang akan terus di anjurkan.

Tuesday, July 13, 2010

Isra' Mikraj 1431H






AJK Surau As-Solihin telah mengadakan satu majlis Isra' Mikraj pada 9 Julai 2010 (Jumaat). Majlis ini telah dihadiri oleh 80 ahli jemaah daripada Kuarters-Kuarters Konsortium ABASS Sdn Bhd, ahli keluarga dan kakitangan ibu pejabat.

Ustaz Hasbullah Othman daripada Kajang telah dijemput bagi menyampaikan ceramah berkaitan peristiwa isra' Mikraj.

Antara Intipati ceramah tersebut :

a. Solat merupakan satu kewajipan utama kepada Orang Islam
b. Solat dapat mencegah diri kita daripada membuat pekerjaan yang mungkar
c. Solat tiang agama, maka siapa yang menunaikan solat dia menegakkan agama siapa yang tidak bersolat dia meruntuhkan agama.
d. Antara punca utama gejala sosial yang melanda masyarakat adalah disebabkan pengabaian solat.

Wakil surau As-solihin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua pihak sepanjang majlis tersebut berlangsung baik dari segi pembiayaan bersama, sesi mengemas mahupun kehadiran tuan-puan ke majlis tersebut.

terima kasih

Surau As-Solihin

Surau As-Solihin, Loji Pembersihan Air Sg Semenyih, Presint 19, 62200 Putrajaya. Dibina pada tahun 2002 dan didaftarkan dengan JAWI Putrajaya pada 24 Jun 2010 / 11 Rejab 1431H dengan No Pendaftaran JAWI/5/042/5/2010

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites