Tuesday, July 13, 2010

Isra' Mikraj 1431H






AJK Surau As-Solihin telah mengadakan satu majlis Isra' Mikraj pada 9 Julai 2010 (Jumaat). Majlis ini telah dihadiri oleh 80 ahli jemaah daripada Kuarters-Kuarters Konsortium ABASS Sdn Bhd, ahli keluarga dan kakitangan ibu pejabat.


Ustaz Hasbullah Othman daripada Kajang telah dijemput bagi menyampaikan ceramah berkaitan peristiwa isra' Mikraj.

Antara Intipati ceramah tersebut :

a. Solat merupakan satu kewajipan utama kepada Orang Islam
b. Solat dapat mencegah diri kita daripada membuat pekerjaan yang mungkar
c. Solat tiang agama, maka siapa yang menunaikan solat dia menegakkan agama siapa yang tidak bersolat dia meruntuhkan agama.
d. Antara punca utama gejala sosial yang melanda masyarakat adalah disebabkan pengabaian solat.

Wakil surau As-solihin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua pihak sepanjang majlis tersebut berlangsung baik dari segi pembiayaan bersama, sesi mengemas mahupun kehadiran tuan-puan ke majlis tersebut.

terima kasih

3 comments:

pozan, camna nk letak next program?????

salam...
waaah suda ada blog aaa...

canggih2.. pas ni xtvt pe plak ek? mana g biro remaja nih...? hihihihi

sila bagi email untuk di invite. sama-sama kita memeriahkan aktiviti surau.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites